Short Learning Series (SLS) Mahir Foto – Studio Lighting Dalam Fotografi
4 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2026 yang lalu, sempena program Ramadan @ NADI 2026, telah berlangsung Short Learning Series: Mahir Foto dengan tajuk “Studio Lighting Dalam Fotografi” di NADI Gunung Semanggol.
Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik asas penggunaan studio lighting bagi menghasilkan gambar yang lebih profesional, menarik dan berkualiti. Peserta juga berpeluang mempelajari cara mengawal pencahayaan, posisi lampu serta teknik penggambaran yang sesuai untuk pelbagai jenis subjek.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memeriahkan sesi pembelajaran ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam menghasilkan karya fotografi yang lebih kreatif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: